Wednesday 18 December 2013

KEJURUTERAAN DALAM ISLAM


Apa itu Kejuruteraan?
Definisi Kejuruteraan adalah salah satu cabang sains gunaan yang melibatkan teori asas rekabentuk
sesuatu hasil keluaran, atau sesuatu yang boleh memberi khidmat kepada manusia. 

Dalam definisi lainnya adalah kepandaian atau pembuatan mereka bentuk sesuatu jentera. Manakala Jurutera adalah seseorang yang terlatih di dalam mereka, membuat dan menggunakan jentera atau terlatih dalam mana-mana cabang kejuruteraan.

 Pada zaman awal Islam dahulu, didapati 2 prinsip asas Islam di dalam bidang kejuruteraan iaitu:
1. Konsep Kesetaraan (mizan)
2. Konsep Keseimbangan (tawazun)


Allah telah menetapkan ukuran bagi perbuatan baik dan mungkarnya manusia adalah al-mizan. Di dalam sistem kejuruteraan prinsip Al-Mizan membawa maksud tiap-tiap sesuatu itu berada di kedudukan yang betul didalam sistem keseimbangan yakni Tawazun. Bagi mengekalkan keadaan kesuluruh sistem itu diperlukan bagi mengekalkan kedudukan tersebut.

Prinsip Al-Mizan digunakan didalam kejuruteraan kimia dan termodinamik bagi mengkaji dan memahami bahan dan aliran tenaga.  Begitu juga dengan kejuruteraan awam dan mechanical dimana tindakan dan daya momen mengunakan prinsip yang sama malah di dalam kejuruteraan prinsip kesetaraan (tawazun) digunakan  pada cas elektrik.



Teknologi kejuruteraan islam yang mula di perkenalkan dan dipalsukan oleh pihak barat adalah sumbangan kejuruteraan mechanical dimana terciptanya alat mengangkut air pagi pengunaan pengairan,perumahan,industri dan lain-lain lagi. Alat mengankut air yang pertama di cipta adalah di Mesir dan Syria yang dipanggil  Shaduf

 gambarajah 2: Shaduf

Alatan ini masih digunakan sehingga ke hari ini kerana ianya mudah dan murah. Dua lagi alatan lain adalah Saqiya dan Nau'ra. Saqiyan digerakkan oleh tenaga binatang manakala Nau'ra digerakkan oleh kuasa air. 

Saqiya

Nau'ra
Al-jazari dan Taqi Al-Din merupakan tokoh kejuruteraan islam pada kurun ke-12 Masihi. Mereka berjaya mengubah Shaduf dan menerangkan penggunaannya di dalam kitab-kitab karangan mereka. Alat pengepam air dengan mengunakan roda berskoop diterangkan di dalam kitab-kitab karangan Taqi Al- Din. Apa yang menakjubkan didalam karangan Taqi Al-Din bagaimana ia dapat mencipta silinder berpiston bagi mengepam air. Silinder ini dicipta bagi menghasilkan satu daya paduan bagi tolakan mengepam air. Kaedah ini juga digunakan di dalam penciptaan kereta.


Manakala mesin yang menggunakan angin dan udara pula telah berjaya dicipta oleh Musa bersaudara. Mesin ini digunakan untuk menghancurkan jagung, menghancurkan gula sekaligus mengepam air.